Sunday, October 17, 2010
Pemakaian tudung
Apakah hukum wanita yang sekejap memakai tudung dan sekejap tidak memakainya ketika keluar rumah? Adakah itu perbuatan berdosa?
Jawapan:
Allah SWT berfirman:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya… hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” - Surah an-Nur, ayat 31.
Di antara ciri wanita beriman ialah dia memakai tudung setiap kali apabila keluar. Ini kerana memakai tudung bukan satu fesyen atau kehendak bebas tetapi merupakan perintah Allah SWT. Wanita yang sekejap memakai tudung dan sekejap tidak, dia sebenarnya sudah ada kesedaran tentang hukum memakai tudung, hanya kadangkala imannya lemah sehingga dia terikut kepada nafsu yang enggan memakai tudung.
Subscribe to:
Posts (Atom)