Tuesday, January 4, 2011
Mengapa Berkahwin
Perkahwinan lahir dari sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan dengan manusia lain. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul. Perkahwinan yang suci akan memancarkan perasaan saling cinta, kerjasama, tanggungjawab dan terbitlah kebahagiaan yang diidamkan.
Membendung Perbuatan Maksiat
Rasulullah s.a w bersabda yang bermaksud:
"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang telah sanggup berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat , menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)"
Mata adalah punca perbuatan maksiat. Bila pandangan dilepas dan terlihat sesuatu yang menarik (wajah perempuan, dan lain-lain) nafsu akan meledak dan mendorong syahwat. Pandangan adalah umpama panah yang terlepas dari busar panah iblis, bila mengena pada sasaran, implikasinya sangat merbahaya! Supaya syahwat tidak bergelojak, individu yang tidak mampu berkahwin digalakkan berpuasa, kerana dengan berpuasa, kadar gelodak nafsu dapat diturunkan.
Sunnah Nabi
Kahwin adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah s.a.w yang patut dicontohi.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang tidak menyukai sunnahku, ia bukanlah dari golonganku. Sebahagian dari sunnahku adalah berkahwin, oleh kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksnakan sunnahku".
Mendapatkan Zuriat
Salah satu tujuan berkahwin adalah untuk mendapat zuriat yang salih. Dengan memiliki anak yang salih itu ibubapa akan mendapat pahala yang mengalir dalam kuburnya berkat doa anak-anak.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila seseorang manusia telah meninggal unia, putuslah semua amalnya kecuali tiga sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang berdoa untuknya"
Sekumpulan orang perempuan datang menghadap Rasulullah s.a.w. untuk minta nasihat dari beliau.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap perempuan di antara kamu yang melahirkan tiga orang anak, maka mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang baginya dari api neraka". Perempuan-perempuan itu bertanya: "bagaimana kalau melahirkan dua orang anak?". Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ya, dua orang anakpun demikian juga".
Meramaikan Umat Islam
Bila orang Islam berkahwin, maka akan lahir pulalah generasi yang baru dan meneruskan perjuangan umat Islam. Dengan itu dunia ini tidak akan pernah kosong dari umat Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya: "Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan keturunan. Sesungguhnya saya akan berbangga pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai (daripada umat-umat lain)".
(H.R.Al-Baihaqi)
Allah s.w.t. berfirman: Ertinya:
"Tuhan telah menjadikan dari kamu itu pasangan suami isteri dan dari pasangan suami isteri itu pula lahirnya anak-anak dan cucu-cicit (keturunan yang banyak)". (Q.S. An.Nahl, 72)
Gandaan Pahala & Berkat
Ibadah orang yang berkeluarga dan dengan ibadah orang yang tidak berkeluarga adalah berbeza di segi pahalanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh pulu rakaat orang yang hidup membujang".
(Dikemukakan oleh Ibnu Ady dari Abu Hurairah termaktub dalam kitab Al_kamil) (Tuhfatul Aris Wal 'Arusy, 67)
Disamping itu pahala seorang laki-laki didapat juga pada semua harta yang digunakan untuk membelanja isteri dan anak-anak, kerana semua harta, fikiran dan tenaga yang digunakan untuk menguruskan keluarga dikira sebagai sedekah.
"Barang siapa yang membiayai penghidupannya sendiri dengan niat isti'faf (tidak meminta-minta belas kasihan orang lain), itu adalah sedekah, dan barang siapa yang membiayai isteri, anak-anak dan sekalian ahli rumahnya adalah sedekah".
Melengkapkan Iman
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi".
(H.R.Al-Baihaqi)
Subscribe to:
Posts (Atom)